Sunday, April 17, 2011

Saya tak sombong..

Saya orang biasa..gadis gadis semasa (tetapi masih berpegang pada agama dan adat).
Macam orang lain juga,saya bergaul,berkawan,berteman atau dengan kata lain saya bersosial.Di tempat kerja,di komuniti kejiranan saya mahupun di alam maya (friendster,facebook) dan sms sekalipun.Saya tak kisah untuk berbual dengan sesiapa,menegur atau beramah mesra menyapa rakan atau jiran atau dengan orang yang baru saya kenal.Walaupun tak pernah jumpa,tapi kalau dalam hati rasa boleh nak berbual,saya akan berbual.Cuma,saya tak boleh nak bemesra dan berbual dengan orang yang saya kenal walaupun dah lama.Sebab apa?Sebab...saya rasa tak boleh..Cukupla saya senyum,salam dan tanya khabar.Lebih dari itu,oh mungkin tidakk..Selain daripada rasa tak boleh tu,saya ada fobia sebenarnya.Bimbang dimalukan atau termalu.Bayangkanlah,kita berbual dengan orang tu,tapi dia buat tak layan je..Ada lagi satu kes,saya hulur tangan untuk bersalam,dia malukan saya dengan perkataan yang tak sepatutnya (mungkin niat dia bergurau,tapi caranya tak sesuai dan menjatuhkan air muka saya!)
Jadi,daripada peristiwa-peristiwa itu,saya jadi risau bila nak mulakan komunikasi dengan orang.Saya takut..malu pun ada..
Saya tak sombong...saya cuma..erm...macam tula..susah nak cakap..huhu..=)

(tiba-tiba je nak tulis macam ni sebab rasa 'down' bila orang salah tafsir dan label kita sombong..n..kalau saya sombong,saya tak ramai kawan macam yang saya ada sekarang..hihi)