Friday, August 30, 2013

Ramadhan dan Syawal..

Akhirnya..alhamdulillah.Dapat juga meluangkan sedikit masa untuk mencoret sesuatu di sini.Dah masuk 24 Syawal hari ni.Sekejap je masa berlalu dan sedar tak sedar Syawal pun bakal meninggalkan kita tak lama lagi.Rasanya Ramadhan baru je berlalu..tapi apapun bersyukurla kerana masih diberi peluang untuk menikmati dan meraikan kedua-dua bulan tersebut.

Bulan Ramadhan aktiviti menjadi padat .Kalau malamnya sudah tentulah dengan tarawih.Siang pula , Ramadhan kali ni saya sibuk menyiapkan tempahan kuih dari kawan - kawan.Tak sangka pula rezeki tahun ni ada pula yang menempah biskut bunga cina dan tart gulung.Dan bila waktu petang je,mulalah buat persiapan untuk juadah berbuka puasa.Semuanya dibuat sendiri memandangkan cik puan emak sibuk dengan jahitannya.Hehe..mak mak..biasanya macam tula..Tapi rasa seronok sangat sebab suka bagi dan tengok orang makan masakan kita.Dan lagi bertambah suka bila makanannya habis.Macam dapat satu kepuasan bila tengok orang selera makan makanan yang kita masak.

Ramadhan kali ni juga ada kisah dukanya..satu panggilan dari Kota Tinggi membawa berita tentang kepergian ibu saudara.Orangnya dah lama terlantar sakit.Saya hanya berkesempatan menjenguknya hampir 4 tahun lepas.Sebelum ini ada juga rancang nak bawa emak pergi ziarah,tapi terlalu banyak kekangannya dan rancangan itu termati begitu sahaja.Orangnya baik.Alim.Juga pernah menaburkan jasa dan bakti sebagai guru kepada bakal-bakal haji.Guru agama.Juga pernah menetap di Makkah selama beberapa tahun untuk memberi bimbingan kepada jemaah haji Malaysia di sana.Dikhabarkan allahyarhamah meninggal ketika tidur.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Hari yang sama , kawan sekelas saya sewaktu tingkatan 1 hingga 3 juga dijemput pulang menghadap Ilahi.Seorang lelaki.Anak bongsu.Sudah bertunang,bakal berkahwin hujung tahun ini.Sangat terkejut dengan berita ini.Orangnya mudah didekati.Anak yang baik.Saya hanya berkesempatan menziarahi ibunya.Sangat tabah.Gagah mengukir senyum walau hati sudah hancur berkecai.Saya jadi sebak dan apa yang saya mampu hanya menahan tangis kerana malu dengan seorang ibu yang tabah menerima suratan takdir.Semoga ibunya terus tabah menghadapi ujian dari Allah dan buat sahabat,semoga tenang di sana..


Dan masa berlalu..akhirnya Syawal pun tiba.Saya dan keluarga menyambut dengan penuh sederhana.Ziarah ke pusara arwah bak dan kunjung mengunjung jiran tetangga adalah amalan di pagi raya.Dan sudah tentu bermaaf-maafan juga.Paling syahdu bila tengok abang ipar bersalaman dengan mak.Sendu.Katanya tak sangka diberi peluang untuk beraya tahun ni.Disangkanya nyawanya tak panjang.Allah beri peluang lagi walaupun kurang sihat.Paling sayu bila dia kata kepada kakak saya (isterinya) ;
''Abang ingat ayang beraya berdua je tahun ni dengan Icha."
Dalam tak sedar saya yang terover mengalirkan air mata.Huhu..akak saya relaks sahaja.Dah puas dia bersedih dan kini dia semakin tabah menghadapi kehidupan.Semoga mereka berbahagia hingga ke syurga.

Dan Syawal kali ini juga..kali kedua rasanya menyambut ulang tahun kelahiran kali kedua di bulan Syawal.Huhu..25 tahun dah usianya.Tua dah rasa .Ulang tahun kelahiran jatuh pada hari raya ketiga.Kalau ikut rancangan asal nak balik Kuantan masa tu,tapi rancangan diubah memandangkan ada famili sebelah arwah bak nak datang.Tunggu punya tunggu tak sampai punn tapi yang datang kawan-kawan lama.Siap bawa hadiah.Hehe..terima kasih la sahabat atas ingatannya..Semoga kita kekal bersahabat hingga ke Jannah..



Ramadhan dan Syawal kali ni penuh makna.Warna-warninya penuh menghias kanvas hidup saya.Terasa berkat dan rahmat-Nya..Nyata bahagia dan meriah di mana-mana...





Cuma yang kurang bernasib dan kurang upaya jangan dilupa..Hulur dan beri apa yang ada..Jangan biar mereka berduka..Kerana kita semua bersaudara..Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Maaf Zahir dan batin..