Kotak hati
Dalamnya terisi
Soal naluri tentang itu dan ini
Lebih mampat bergaul fitrah insani
Kotak hati
Sarat bersama rasa cinta
Kasih sayang
Bersarang penuh dalamnya
Tak terkecuali
Rasa kerdil pada DIA
Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang
Tak kan berganjak rasa itu
Selagi rantaian iman masih utuh menampung kotak hati
Namun
Satu hari kotak hati seakan goyang
Dan akhirnya bobos
Tidak tahu mengapa
Dan isi dalamnya bertaburan
Tinggallah kotak kosong
tergantung pada rantai iman
contohilah ikan yang hidup di lautan terbentang walaupun air di sekitarnya masin,tetapi ikan tak pernah mengizinkan kemasinan itu menyerapi insangnya....
Tuesday, November 8, 2011
Thursday, November 3, 2011
Tulang Rusuk
Rasulullah S.A.W bersabda:
" Kamu nasihatilah para wanita itu dengan baik,kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok.Dan tulang yang paling bengkok ialah yang paling diatasnya.Maka jika engkau paksa untuk meluruskannya,patahlah ia.
Dan jika engkau biarkan sahaja,tentu selama-lamanya ia bengkok.Oleh kerana itu,berbuat baiklah terhadap para wanita."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Subscribe to:
Posts (Atom)