Wednesday, November 6, 2013

yang namanya sedih

yang namanya sedih
jangan biar terus merintih...

yang namanya sedih
walau pedih
usah dilayan melebih-lebih

yang namanya sedih
untuk apa rasa jerih?


yang namanya sedih
biarkan
buangkan
tinggalkan..

angkat kembali hatimu..
bina semula hidup baharu..
sedih tidak bermakna
jika dibiar lama
hanya mengundang derita dan sengsara...

Friday, August 30, 2013

Ramadhan dan Syawal..

Akhirnya..alhamdulillah.Dapat juga meluangkan sedikit masa untuk mencoret sesuatu di sini.Dah masuk 24 Syawal hari ni.Sekejap je masa berlalu dan sedar tak sedar Syawal pun bakal meninggalkan kita tak lama lagi.Rasanya Ramadhan baru je berlalu..tapi apapun bersyukurla kerana masih diberi peluang untuk menikmati dan meraikan kedua-dua bulan tersebut.

Bulan Ramadhan aktiviti menjadi padat .Kalau malamnya sudah tentulah dengan tarawih.Siang pula , Ramadhan kali ni saya sibuk menyiapkan tempahan kuih dari kawan - kawan.Tak sangka pula rezeki tahun ni ada pula yang menempah biskut bunga cina dan tart gulung.Dan bila waktu petang je,mulalah buat persiapan untuk juadah berbuka puasa.Semuanya dibuat sendiri memandangkan cik puan emak sibuk dengan jahitannya.Hehe..mak mak..biasanya macam tula..Tapi rasa seronok sangat sebab suka bagi dan tengok orang makan masakan kita.Dan lagi bertambah suka bila makanannya habis.Macam dapat satu kepuasan bila tengok orang selera makan makanan yang kita masak.

Ramadhan kali ni juga ada kisah dukanya..satu panggilan dari Kota Tinggi membawa berita tentang kepergian ibu saudara.Orangnya dah lama terlantar sakit.Saya hanya berkesempatan menjenguknya hampir 4 tahun lepas.Sebelum ini ada juga rancang nak bawa emak pergi ziarah,tapi terlalu banyak kekangannya dan rancangan itu termati begitu sahaja.Orangnya baik.Alim.Juga pernah menaburkan jasa dan bakti sebagai guru kepada bakal-bakal haji.Guru agama.Juga pernah menetap di Makkah selama beberapa tahun untuk memberi bimbingan kepada jemaah haji Malaysia di sana.Dikhabarkan allahyarhamah meninggal ketika tidur.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Hari yang sama , kawan sekelas saya sewaktu tingkatan 1 hingga 3 juga dijemput pulang menghadap Ilahi.Seorang lelaki.Anak bongsu.Sudah bertunang,bakal berkahwin hujung tahun ini.Sangat terkejut dengan berita ini.Orangnya mudah didekati.Anak yang baik.Saya hanya berkesempatan menziarahi ibunya.Sangat tabah.Gagah mengukir senyum walau hati sudah hancur berkecai.Saya jadi sebak dan apa yang saya mampu hanya menahan tangis kerana malu dengan seorang ibu yang tabah menerima suratan takdir.Semoga ibunya terus tabah menghadapi ujian dari Allah dan buat sahabat,semoga tenang di sana..


Dan masa berlalu..akhirnya Syawal pun tiba.Saya dan keluarga menyambut dengan penuh sederhana.Ziarah ke pusara arwah bak dan kunjung mengunjung jiran tetangga adalah amalan di pagi raya.Dan sudah tentu bermaaf-maafan juga.Paling syahdu bila tengok abang ipar bersalaman dengan mak.Sendu.Katanya tak sangka diberi peluang untuk beraya tahun ni.Disangkanya nyawanya tak panjang.Allah beri peluang lagi walaupun kurang sihat.Paling sayu bila dia kata kepada kakak saya (isterinya) ;
''Abang ingat ayang beraya berdua je tahun ni dengan Icha."
Dalam tak sedar saya yang terover mengalirkan air mata.Huhu..akak saya relaks sahaja.Dah puas dia bersedih dan kini dia semakin tabah menghadapi kehidupan.Semoga mereka berbahagia hingga ke syurga.

Dan Syawal kali ini juga..kali kedua rasanya menyambut ulang tahun kelahiran kali kedua di bulan Syawal.Huhu..25 tahun dah usianya.Tua dah rasa .Ulang tahun kelahiran jatuh pada hari raya ketiga.Kalau ikut rancangan asal nak balik Kuantan masa tu,tapi rancangan diubah memandangkan ada famili sebelah arwah bak nak datang.Tunggu punya tunggu tak sampai punn tapi yang datang kawan-kawan lama.Siap bawa hadiah.Hehe..terima kasih la sahabat atas ingatannya..Semoga kita kekal bersahabat hingga ke Jannah..



Ramadhan dan Syawal kali ni penuh makna.Warna-warninya penuh menghias kanvas hidup saya.Terasa berkat dan rahmat-Nya..Nyata bahagia dan meriah di mana-mana...





Cuma yang kurang bernasib dan kurang upaya jangan dilupa..Hulur dan beri apa yang ada..Jangan biar mereka berduka..Kerana kita semua bersaudara..Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Maaf Zahir dan batin..





Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan datang lagi...

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...masih diizinkan untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ni..Sekejap je rasanya dah masuk Ramadhan.Tahun ni tahun ke...(kira sekejap..2013-2005..hee~) tahun ke-8 berpuasa tanpa bak..sedih tu sedih jugak..tapi itulah aturan-Nya..yang hidup pasti akan mati..saya yang masih di sini pun akan kembali jua ke sana nanti..doa saya kirimkan untuknya..dan berusaha menjaga batas dan aurat kerana saya ialah 'pencen kubur'nya..Semoga bak tenang di sana...
jj
Hari ni hari pertama kita berpuasa..syukur..Semenjak dh besar panjang ni,lain rasanya nikmat puasa.Lain suasananya...semua lainla..hehe.Yela...mana sama situasi puasa masa umur 9 tahun dengan 25 tahun..Kalau umur 9 tahun,asyik nak tengok jam je...bila nak masuk waktu berbuka.Kalau umur sekarang ni tak macam tu dah..umur sekarang ni berazam nak khatam Quran dalam bulan ni..jadi masa yang ada tu digunakan sebaiknya.Tapi bila waktu kerja tak dapatlah nak tumpu sepenuhnya..front liner...payah sikit..rehat pun terhad.

Sementara usia muda ni la saya rasa saya patut kerjakan semua amalan dan ibadah..Pada saya,kita muda tak semestinya akan tua.Tak kan bila dah tua baru nak mendekatkan diri pada-Nya?Jadi apa jadi dengan usia muda?Sia-sia?Bimbang tak sempat tua dah meninggal.Kan rugi tu kalau mensia-siakan usia muda..

Apa pun Ramadhan kali ini diharap lebih bermakna daripada tahun-tahun yang sudah.Kalau sebelum-sebelum ni banyak dugaan menimpa,saya bersyukur jugak sebabnya  Ramadhan itu dapat menjadikan saya seorang yang lebih kuat dan tabah.
Selamat berpuasa dannnn selamat beramal..:)


p/s:jangan lupa...banyakan sedekah di bulan ini..

Wednesday, June 19, 2013

Memori bak..

Alhamdulillah..masih lagi diizinkan untuk bernafas di muka bumi ini.Syukur..Cumanya cuaca hari ni berjerebu.Agak teruk juga keadaannya terutama di sebelah Muar , Pasir Gudang , Larkin Lama.Kalau menurut laporan berita , indeks pencemaran udara (IPU) di Muar mencatatkan bacaan 178.Kira kualiti udara pada tahap teruk tu.Jadi ,orang - orang yang berada di sekitarnya kena ambil langkah tertentulah untuk jaga kesihatan dan juga untuk mengelakkan keadaan semakin teruk , seperti ;kurangkan aktiviti luar , pakai topeng muka , banyak minum air masak dan elakkan membuat pembakaran terbuka .

Ok..sedikit tentang isu semasa tadi . Sebenarnya yang mahu dicoretkan tadi adalah berkenaan seorang lelaki yang amat penting dan disayangi oleh insan bergelar anak .Ya,semestinya .Lelaki itu bergelar ayah , abah , abi , papa , daddy atau bak atau sebagainya lagi gelaran - gelaran lain yang sama waktu dengannya.

Tadi , selepas pulang dari majlis tahlil jiran sebelah rumah ni , saya bercadang mahu meneruskan aktiviti menulis outline untuk cerpen baharu . Tapi hasrat tu tertangguh dek kerana keletihan yang amat kritikal juga hari ni .Huhu..maka tak jadilah nak menulis dan diganti dengan agenda beristirehat sahaja sambil menonton tv.Nak tengok cerita apa ye?Cari punya cari,rancangan tv mana yang best , akhirnya saya memilih untuk menonton drama 'Surat Di Bawah Pintu' .

Surat Di Bawah Pintu . Agak menarik ceritanya . Kisah seorang bapa tunggal yang menggunakan surat untuk berinteraksi dengan anaknya .Si ayah akan menulis surat dan menghantar kepada si anak melalui bawah pintu.Unik tak?Si ayah akan gunakan surat untuk meluahkan sayang atau pun menyatakan marah kepada anaknya.Walaupun macam tu , si anak ni tak  boleh nak terima cara si ayahnya.Pada pendapat si anak , cara ayahnya kolot dan ketinggalan zaman.Si anak memberontak kepada si ayah dan meminta supaya si ayah tidak lagi menulis surat untuknya dang menggunakan telefon dan sms untuk berkomunikasi .

Dalam drama ni , saya tak suka si anak .Pertamanya , sebab dia tak hormat ayahnya.Walaupun dia tak suka ayah dia tulis surat , dia sepatutnya rasional dan  cuba belajar menerima keadaan itu .Bukan ayah dia buat bukan-bukan pun..Keduanya juga sebab dia tak beraddab dengan ayahnya.Seorang anak , mengapa harus meninggi suara pada orang tuanya?Hanya kerana surat.

Pada saya , si anak dalam cerita ni tak bersyukur.Sudah tiada ibu , namun masih ada ayah yang menyayangi dirinya .Sewajarnya dia bersyukur.Ada ayah yang ambil berat padanya,sayang padanya dan unik .Bila tengok drama ni tadi , saya jadi rindu kepada arwah bak saya yang sudah hampir 8 tahun pergi menghadap Ilahi .Saya rindu pada kasih sayangnya,tegurannya,ilmunya,jenakanya dan juga masakannya.

Ya Allah..cukup singkat masa yang Kau beri untuk aku bersama bak .Pada saya tiada lelaki lain setanding arwah bak saya.Dialah hero saya.Arwah bak saya dijemput pulang setelah beberapa bulan menghidap penyakit misteri.Setelah puas terlantar di  hospital,menjalani pelbagai rawatan dan pemeriksaan , punca dan penyakitnya masih tidak diketahui.

Saya masih ingat waktu itu .Mak saya , menjaga arwah di hospital menelefon kami adik beradik di rumah . Katanya , bila kami datang ziarah bak nanti , tolong jumpa doktor dan beritahu yang bak nak balik rumah.Saya gembira ketika itu sebab saya tak sanggup nak dengar dan lihat sengsaranya arwah bak saya di hospital.Badannya sudah lemah , tapi terpaksa menjalani pemeriksaan berkamera di dalam badan.Kamera dimasukkan dari mulut dan bak saya tidak mampu melakukan itu.Jadi , pada saya tak mengapalah.Bawa saja bak balik.

Sewaktu datang ke hospital , saya lihat bak dan dia terus mendapatkan saya.Dia dakapnya saya dan dia nangis semahunya.Saya masih ingat momen itu.Saya sayu.
"Nak balik..bak nak balik..."
Saya menenangkannya dan saya katakan bahawa bak akan saya bawa balik.Bersama saya dua orang pak cik saya dan mak.Abang dan kakak-kakak bekerja.Jadi kami sahaja yang pergi berbincang dengan doktor.Apabila kami memberitahu tentang hasrat arwah , doktor yang merawat bak enggan memberi kebenaran untuk bak pulang.Dengan angkuh dia mengatakan bahawa kalau bak dibawa pulang bak akan mati!!Wah,sungguh bongkak doktor tu.Saya ingat namanya.Dr.Azman.
Mak sungguh terperanjat.Betapa dia lupa bahawa dia hanya hamba Allah.Bukan siapa-siapa.Apa yang dikesalkan adalah cara doktor tu bercakap.Kalau sungguh bak tak ada harapan , cakaplah elok-elok.Lantas entah dari mana datang kekuatan,mak membidas doktor tu.
"Doktor,doktor bukan tuhan.Kalau Dia berkehendak , doktor yang tengah sihat ni pun boleh mati ."Dan akhirnya bak pun di bawa pulang walaupun berlaku juga sedikit pertelingkahan antara doktor dan kami.

Alhamdulillah..saya sempat bersama arwah bak selama hampir 3 bulan . Saya sempat merasa memandikan arwah.Menyisir rambutnya.Membersihkan giginya.Saya juga sempat menolak kerusi roada membawa bak bersiar -  siar.Saya sempat meluangkan masa untuk bak walau masa tu saya sedang bertarung untuk SPM.Dan akhirnya bak pergi jua dijemput Ilahi.Pada malam itu , saya tak peduli pun untuk mentelaah malah kerja sekolah pun saya tak nak buat.Saya rasa tak sedap hati..Sedar-sedar mak kejut untuk bersama-sama dengan bak.Saya dapat tengok bak dipangkuan mak.Mak tak jemu-jemu membisikan syahadah di telinga bak..Jelas semua di mata saya..
Agak lama dadanya berombak tapi kami tak sedar bila bak pergi.Sedar-sedar tangannya sudah sejuk.

Saya rindu bak saya.Itulah..bila tengok cerita tadi saya terfikir.Betapa ruginya seorang anak yang tak menghormati ayahnya,memuliakan ayahnya.Manja biar kena pada tempatnya,masanya.Jangan terlalu berkehendak yang bukan-bukan yang tanpa kita sedar boleh menghiris dan melukakan hati ayah.Untuk mereka yang masih ada ayah atau abah atau apa jua panggilan , hormatilah ayah dan hargailah ayah.Selagi ada hayatnya , gembirakanlah dirinya.Kita tak tahu , bukan mereka menongkat dunia.Sampai masa akan pergi jua ...selagi ada ayah,berbahagialah bersamanya..

Saya rindu bak saya....

Tuesday, January 31, 2012

Kelebihan Berselawat Kepada Rasulullah S.A.W

Antara kelebihan berselawat kepada Rasulullah S.A.W :

- dikurniakan Allah  10 darjat atas tiap-tiap satu selawat
- segala doa akan diperkenankan oleh Allah 
- dihapuskan oleh Allah  10 kejahatan atas setiap selawat
- Allah akan menutupi segala dukacita
-ditunaikan segala hajat
-selamat dan sejahtera pada hari kiamat
-dikurniakan maqam yang berhampiran dengan Rasulullah S.A.W
-mudah ingat semula perkara-perkara yang terlupa
-tidak akan merasai fakir
-tanda kasih dan cinta kepada Rasulullah S.A.W
-teguh pendirian dan kebenaran


Wednesday, January 25, 2012

Friday, January 20, 2012

Sahabat Sejati

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


Sahabat Sejati - UNIC