Saturday, December 17, 2011

Pesanan Luqman Hakim Kepada Anaknya (2)

Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat , maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah . Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain , dia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah juga .

Wednesday, December 14, 2011

Jalinan Ukhuwah

" Barang siapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya,maka ia akan memperoleh sepuluh keutamaan.Antaranya ialah mendapat keredaan Allah kerana Allah suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah.Ukhuwah yang dihidupkan itu juga membuatkan malaikat di langit gembira kerana mereka suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah ." ~ Imam Asy Syafie ~

Tuesday, December 13, 2011

Pesanan Luqman Hakim Kepada Anaknya

asyik membelek , mengemas nota-nota lama dan akhirnya tertarik pada satu nota yang kandungannya berkaitan dengan pesanan Luqman Hakim kepada anaknya..Semoga perkongsian ini berguna untuk sesiapa yang menatapnya..


 “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”