Saya bulan...awak bintang..
Sama-sama melatari langit malam..
Selagi ada awak
Selagi itu ada saya
Walau ada rindu
Belum tentu dapat bersatu
Bulan dan bintang
Hilang bila mentari terbit
Begitu juga kita
Satu hari mungkin berpisah
Terpaksa ditelan walaupun pahit..
Bulan dan bintang
Sangat simbolik
Buat saya dan juga awak..
contohilah ikan yang hidup di lautan terbentang walaupun air di sekitarnya masin,tetapi ikan tak pernah mengizinkan kemasinan itu menyerapi insangnya....
Wednesday, October 5, 2011
Sunday, October 2, 2011
Tabahlah wahai hati..
Tabahlah wahai hati
Andai nanti kaudisakiti
Oleh insan yang disayangi...
Tabahlah wahai hati
Jika dirimu selalu diuji
Tandanya masih Dia peduli
Tabahlah wahai hati
Padukan semangat jitukan iman
Jangan alpa dirimu bertuhan
Jika kau sangsi pada duniawi
Tiada lagi yang dipercayai
Mengadu saja pada Ilahi
Al-Khaliq yang Rahman,yang Rahim
Nescaya dirimu tak akan kecewa
Pasti ada hikmahnya nanti...
Andai nanti kaudisakiti
Oleh insan yang disayangi...
Tabahlah wahai hati
Jika dirimu selalu diuji
Tandanya masih Dia peduli
Tabahlah wahai hati
Padukan semangat jitukan iman
Jangan alpa dirimu bertuhan
Jika kau sangsi pada duniawi
Tiada lagi yang dipercayai
Mengadu saja pada Ilahi
Al-Khaliq yang Rahman,yang Rahim
Nescaya dirimu tak akan kecewa
Pasti ada hikmahnya nanti...
Sunday, September 25, 2011
Kisah Kasih
Kalau dengan cara ini
Bisa buat kaubahagia
Bisa buat kausenyum
Bisa melapangkan dadamu
Aku akur...
Dengan cara ini
Menangis tanpa sendu
Sayu dalam lesu
Termangu tanpa dipeduli
Merindu tanpa henti
Saat kauputuskan dalam katamu
Kaumahu pergi dari kisah hidupku
Tanpa ragu kauucapkan
Kauharus pergi
Tinggalkan aku
Lupakan aku
Kaumahu aku
Lupakan kamu
Lenyapkan kisah kita
Tanpa kautahu
Aku tak mampu
Tak akan pernah mampu
Walau sedetik
Dan harus kau tahu
Aku tak mahu
Yang hanya aku mahu
Hanya kamu...
Bisa buat kaubahagia
Bisa buat kausenyum
Bisa melapangkan dadamu
Aku akur...
Dengan cara ini
Menangis tanpa sendu
Sayu dalam lesu
Termangu tanpa dipeduli
Merindu tanpa henti
Saat kauputuskan dalam katamu
Kaumahu pergi dari kisah hidupku
Tanpa ragu kauucapkan
Kauharus pergi
Tinggalkan aku
Lupakan aku
Kaumahu aku
Lupakan kamu
Lenyapkan kisah kita
Tanpa kautahu
Aku tak mampu
Tak akan pernah mampu
Walau sedetik
Dan harus kau tahu
Aku tak mahu
Yang hanya aku mahu
Hanya kamu...
Sunday, April 17, 2011
Saya tak sombong..
Saya orang biasa..gadis gadis semasa (tetapi masih berpegang pada agama dan adat).
Macam orang lain juga,saya bergaul,berkawan,berteman atau dengan kata lain saya bersosial.Di tempat kerja,di komuniti kejiranan saya mahupun di alam maya(friendster,facebook) dan sms sekalipun.Saya tak kisah untuk berbual dengan sesiapa,menegur atau beramah mesra menyapa rakan atau jiran atau dengan orang yang baru saya kenal.Walaupun tak pernah jumpa,tapi kalau dalam hati rasa boleh nak berbual,saya akan berbual.Cuma,saya tak boleh nak bemesra dan berbual dengan orang yang saya kenal walaupun dah lama.Sebab apa?Sebab...saya rasa tak boleh..Cukupla saya senyum,salam dan tanya khabar.Lebih dari itu,oh mungkin tidakk..Selain daripada rasa tak boleh tu,saya ada fobia sebenarnya.Bimbang dimalukan atau termalu.Bayangkanlah,kita berbual dengan orang tu,tapi dia buat tak layan je..Ada lagi satu kes,saya hulur tangan untuk bersalam,dia malukan saya dengan perkataan yang tak sepatutnya (mungkin niat dia bergurau,tapi caranya tak sesuai dan menjatuhkan air muka saya!)
Jadi,daripada peristiwa-peristiwa itu,saya jadi risau bila nak mulakan komunikasi dengan orang.Saya takut..malu pun ada..
Saya tak sombong...saya cuma..erm...macam tula..susah nak cakap..huhu..=)
(tiba-tiba je nak tulis macam ni sebab rasa 'down' bila orang salah tafsir dan label kita sombong..n..kalau saya sombong,saya tak ramai kawan macam yang saya ada sekarang..hihi)
Macam orang lain juga,saya bergaul,berkawan,berteman atau dengan kata lain saya bersosial.Di tempat kerja,di komuniti kejiranan saya mahupun di alam maya
Jadi,daripada peristiwa-peristiwa itu,saya jadi risau bila nak mulakan komunikasi dengan orang.Saya takut..malu pun ada..
Saya tak sombong...saya cuma..erm...macam tula..susah nak cakap..huhu..=)
(tiba-tiba je nak tulis macam ni sebab rasa 'down' bila orang salah tafsir dan label kita sombong..n..kalau saya sombong,saya tak ramai kawan macam yang saya ada sekarang..hihi)
Friday, February 11, 2011
atas nama kasih pada hari kekasih
dan hari itu yang kaunanti
sudah lama dirancang rapi
saat indah dua hati
merai hari kasih abadi
dan bagi diri kau dan dirinya
hari itu
tarikh itu
saat itu
penuh makna berkasih
kaumerai bersama dengannya
tanpa kausedar
kau sudah melanggar batas
batas adatmu
batas agamamu
aku hanya mendengar rintihanmu
keluh kesahmu
bimbangmu akan isi itu
ya..isi itu
hasil keraiaan hari kasihmu
menunggu masa menjengah dunia
atas nama kasih pada hari kekasih
kauhilang pengertian kasih
pada dirimu sendiri
pada maruahmu
agamamu
ibu bapamu
adatmu
mujur walau sudah begitu
atas nama kasih
ada terselit erti kasih
peri manusia
dalam dirimu
isi itu..
kautidak sisih
dan atas nama kasih
jangan kausisih...
sudah lama dirancang rapi
saat indah dua hati
merai hari kasih abadi
dan bagi diri kau dan dirinya
hari itu
tarikh itu
saat itu
penuh makna berkasih
kaumerai bersama dengannya
tanpa kausedar
kau sudah melanggar batas
batas adatmu
batas agamamu
aku hanya mendengar rintihanmu
keluh kesahmu
bimbangmu akan isi itu
ya..isi itu
hasil keraiaan hari kasihmu
menunggu masa menjengah dunia
atas nama kasih pada hari kekasih
kauhilang pengertian kasih
pada dirimu sendiri
pada maruahmu
agamamu
ibu bapamu
adatmu
mujur walau sudah begitu
atas nama kasih
ada terselit erti kasih
peri manusia
dalam dirimu
isi itu..
kautidak sisih
dan atas nama kasih
jangan kausisih...
Saturday, December 11, 2010
orang biasa
Saya orang biasa
Tak punya apa-apa
Bukan istimewa..
Saya orang biasa
Percayanya hanya pada Yang Esa
Saya orang biasa
Datang dari keluarga yang biasa-biasa
Saya orang biasa
Selalu teruja
Cuba berusaha luar biasa
Walau sedar dari yang biasa-biasa
Dengan izin Yang Esa
Saya boleh jadi luar biasa
Tak punya apa-apa
Bukan istimewa..
Saya orang biasa
Percayanya hanya pada Yang Esa
Saya orang biasa
Datang dari keluarga yang biasa-biasa
Saya orang biasa
Selalu teruja
Cuba berusaha luar biasa
Walau sedar dari yang biasa-biasa
Dengan izin Yang Esa
Saya boleh jadi luar biasa
akhirnya..
Dah lama tak mencoretkan sesuatu dalam 'diari elektronik' ni..Sebenarnya dah terlupa ada blog!Hehe..terlupa sebab tenggelam dalam kesibukan harian yang tak menentu.Sibuk dengan kerja,sibuk dengan rutin harian di rumah dan yang terbaru sibuk dengan rutin sebagai pelajar..Ye..pelajar.
Akhirnya aku telah sambung belajar semula.Syukur..=) Dah lama sebenarnya.Dah masuk tahun kedua.Aku menyambung pengajian di UPM,Bacelor Pembangunan Sumber Manusia . Tak lama lagi dah nak masuk semester 3 dah.Pejam celik,pejam celik,sekejap je..Tapi tak sabar sebenarnya nak habiskan belajar ni,lagi tiga tahun.Tak apalah..susah-susah dulu,bersenang-senang kemudian..=)
Aku bermohon agar semuanya dipermudahkan..dipermudahkan untuk aku menerima dan memahami ilmu yang disampaikan,dipermudahkan urusan aku untuk menguruskan masa dan diri,dipermudahkan perjalananku pergi dan balik ke tempat belajar,diberkati dan diredhai langkahku untuk menuntut ilmu di dada..Semoga pengakhiran keputusan menyambung belajar ni menjadi satu titik tolak,satu permulaan sebuah kejayaan yang menjelma akan datang..aminnnn..
Akhirnya aku telah sambung belajar semula.Syukur..=) Dah lama sebenarnya.Dah masuk tahun kedua.Aku menyambung pengajian di UPM,Bacelor Pembangunan Sumber Manusia . Tak lama lagi dah nak masuk semester 3 dah.Pejam celik,pejam celik,sekejap je..Tapi tak sabar sebenarnya nak habiskan belajar ni,lagi tiga tahun.Tak apalah..susah-susah dulu,bersenang-senang kemudian..=)
Aku bermohon agar semuanya dipermudahkan..dipermudahkan untuk aku menerima dan memahami ilmu yang disampaikan,dipermudahkan urusan aku untuk menguruskan masa dan diri,dipermudahkan perjalananku pergi dan balik ke tempat belajar,diberkati dan diredhai langkahku untuk menuntut ilmu di dada..Semoga pengakhiran keputusan menyambung belajar ni menjadi satu titik tolak,satu permulaan sebuah kejayaan yang menjelma akan datang..aminnnn..
Subscribe to:
Posts (Atom)
