Wednesday, June 19, 2013

Memori bak..

Alhamdulillah..masih lagi diizinkan untuk bernafas di muka bumi ini.Syukur..Cumanya cuaca hari ni berjerebu.Agak teruk juga keadaannya terutama di sebelah Muar , Pasir Gudang , Larkin Lama.Kalau menurut laporan berita , indeks pencemaran udara (IPU) di Muar mencatatkan bacaan 178.Kira kualiti udara pada tahap teruk tu.Jadi ,orang - orang yang berada di sekitarnya kena ambil langkah tertentulah untuk jaga kesihatan dan juga untuk mengelakkan keadaan semakin teruk , seperti ;kurangkan aktiviti luar , pakai topeng muka , banyak minum air masak dan elakkan membuat pembakaran terbuka .

Ok..sedikit tentang isu semasa tadi . Sebenarnya yang mahu dicoretkan tadi adalah berkenaan seorang lelaki yang amat penting dan disayangi oleh insan bergelar anak .Ya,semestinya .Lelaki itu bergelar ayah , abah , abi , papa , daddy atau bak atau sebagainya lagi gelaran - gelaran lain yang sama waktu dengannya.

Tadi , selepas pulang dari majlis tahlil jiran sebelah rumah ni , saya bercadang mahu meneruskan aktiviti menulis outline untuk cerpen baharu . Tapi hasrat tu tertangguh dek kerana keletihan yang amat kritikal juga hari ni .Huhu..maka tak jadilah nak menulis dan diganti dengan agenda beristirehat sahaja sambil menonton tv.Nak tengok cerita apa ye?Cari punya cari,rancangan tv mana yang best , akhirnya saya memilih untuk menonton drama 'Surat Di Bawah Pintu' .

Surat Di Bawah Pintu . Agak menarik ceritanya . Kisah seorang bapa tunggal yang menggunakan surat untuk berinteraksi dengan anaknya .Si ayah akan menulis surat dan menghantar kepada si anak melalui bawah pintu.Unik tak?Si ayah akan gunakan surat untuk meluahkan sayang atau pun menyatakan marah kepada anaknya.Walaupun macam tu , si anak ni tak  boleh nak terima cara si ayahnya.Pada pendapat si anak , cara ayahnya kolot dan ketinggalan zaman.Si anak memberontak kepada si ayah dan meminta supaya si ayah tidak lagi menulis surat untuknya dang menggunakan telefon dan sms untuk berkomunikasi .

Dalam drama ni , saya tak suka si anak .Pertamanya , sebab dia tak hormat ayahnya.Walaupun dia tak suka ayah dia tulis surat , dia sepatutnya rasional dan  cuba belajar menerima keadaan itu .Bukan ayah dia buat bukan-bukan pun..Keduanya juga sebab dia tak beraddab dengan ayahnya.Seorang anak , mengapa harus meninggi suara pada orang tuanya?Hanya kerana surat.

Pada saya , si anak dalam cerita ni tak bersyukur.Sudah tiada ibu , namun masih ada ayah yang menyayangi dirinya .Sewajarnya dia bersyukur.Ada ayah yang ambil berat padanya,sayang padanya dan unik .Bila tengok drama ni tadi , saya jadi rindu kepada arwah bak saya yang sudah hampir 8 tahun pergi menghadap Ilahi .Saya rindu pada kasih sayangnya,tegurannya,ilmunya,jenakanya dan juga masakannya.

Ya Allah..cukup singkat masa yang Kau beri untuk aku bersama bak .Pada saya tiada lelaki lain setanding arwah bak saya.Dialah hero saya.Arwah bak saya dijemput pulang setelah beberapa bulan menghidap penyakit misteri.Setelah puas terlantar di  hospital,menjalani pelbagai rawatan dan pemeriksaan , punca dan penyakitnya masih tidak diketahui.

Saya masih ingat waktu itu .Mak saya , menjaga arwah di hospital menelefon kami adik beradik di rumah . Katanya , bila kami datang ziarah bak nanti , tolong jumpa doktor dan beritahu yang bak nak balik rumah.Saya gembira ketika itu sebab saya tak sanggup nak dengar dan lihat sengsaranya arwah bak saya di hospital.Badannya sudah lemah , tapi terpaksa menjalani pemeriksaan berkamera di dalam badan.Kamera dimasukkan dari mulut dan bak saya tidak mampu melakukan itu.Jadi , pada saya tak mengapalah.Bawa saja bak balik.

Sewaktu datang ke hospital , saya lihat bak dan dia terus mendapatkan saya.Dia dakapnya saya dan dia nangis semahunya.Saya masih ingat momen itu.Saya sayu.
"Nak balik..bak nak balik..."
Saya menenangkannya dan saya katakan bahawa bak akan saya bawa balik.Bersama saya dua orang pak cik saya dan mak.Abang dan kakak-kakak bekerja.Jadi kami sahaja yang pergi berbincang dengan doktor.Apabila kami memberitahu tentang hasrat arwah , doktor yang merawat bak enggan memberi kebenaran untuk bak pulang.Dengan angkuh dia mengatakan bahawa kalau bak dibawa pulang bak akan mati!!Wah,sungguh bongkak doktor tu.Saya ingat namanya.Dr.Azman.
Mak sungguh terperanjat.Betapa dia lupa bahawa dia hanya hamba Allah.Bukan siapa-siapa.Apa yang dikesalkan adalah cara doktor tu bercakap.Kalau sungguh bak tak ada harapan , cakaplah elok-elok.Lantas entah dari mana datang kekuatan,mak membidas doktor tu.
"Doktor,doktor bukan tuhan.Kalau Dia berkehendak , doktor yang tengah sihat ni pun boleh mati ."Dan akhirnya bak pun di bawa pulang walaupun berlaku juga sedikit pertelingkahan antara doktor dan kami.

Alhamdulillah..saya sempat bersama arwah bak selama hampir 3 bulan . Saya sempat merasa memandikan arwah.Menyisir rambutnya.Membersihkan giginya.Saya juga sempat menolak kerusi roada membawa bak bersiar -  siar.Saya sempat meluangkan masa untuk bak walau masa tu saya sedang bertarung untuk SPM.Dan akhirnya bak pergi jua dijemput Ilahi.Pada malam itu , saya tak peduli pun untuk mentelaah malah kerja sekolah pun saya tak nak buat.Saya rasa tak sedap hati..Sedar-sedar mak kejut untuk bersama-sama dengan bak.Saya dapat tengok bak dipangkuan mak.Mak tak jemu-jemu membisikan syahadah di telinga bak..Jelas semua di mata saya..
Agak lama dadanya berombak tapi kami tak sedar bila bak pergi.Sedar-sedar tangannya sudah sejuk.

Saya rindu bak saya.Itulah..bila tengok cerita tadi saya terfikir.Betapa ruginya seorang anak yang tak menghormati ayahnya,memuliakan ayahnya.Manja biar kena pada tempatnya,masanya.Jangan terlalu berkehendak yang bukan-bukan yang tanpa kita sedar boleh menghiris dan melukakan hati ayah.Untuk mereka yang masih ada ayah atau abah atau apa jua panggilan , hormatilah ayah dan hargailah ayah.Selagi ada hayatnya , gembirakanlah dirinya.Kita tak tahu , bukan mereka menongkat dunia.Sampai masa akan pergi jua ...selagi ada ayah,berbahagialah bersamanya..

Saya rindu bak saya....

No comments:

Post a Comment