Sunday, October 30, 2011

Kau pergi...

Dan sewajarnya aku gembira mendengar perkhabaran daripada seorang yang sangat rapat dan sangat akrab dengan diri ini.Saat menerima khidmat pesanan ringkas daripadanya,pada mulanya aku teruja dan turut gembira untuk dirinya tapi perasaan itu kemudiannya bertukar kepada sedih..Sedih..Ya,sedih..
Maka selepas ini bermulalah episod baru dalam hidupnya.Bergelar tunangan kepada seorang lelaki yang kemudiannya akan beralih status seorang isteri kepada seorang suami..
Mengapa aku bersedih?aku bersedih kerana tidak lama lagi aku akan kehilangan seorang yang selalu berada dibelakangku..saat aku jatuh..saat aku sedih..saat aku berduka..Dia yang aku anggap sebagai darah daging sendiri tidak pernah putus menitipkan kata-kata semangat penguat diri untuk aku.Segala luahan hati didengari tanpa rasa jemu..
Saat akal buntu memikirkan pelbagai masalah yang dilalui dia memecah kebuntuan ini dengan kata-kata hikmah.Sajaklah dirimu menjadi kaunselor kak..Kata-katamu penuh hikmah..Santun budimu penyejuk mata memandang..Kausatu dalam seribu kak..Tak akan ada yang boleh ganti dirimu sebagai teman paling akrab..
Selepas ini mungkin dah tak sama kan kak...Kau pergi..
Walaubagaimanapun aku perlu menerima kenyataan..Ini episod hidupmu..Ketentuan dirimu..Jodohmu dah sampai..Aku tumpang gembira..Semoga dialah imammu hingga hujung nafasmu..Berbahagialah kamu bercinta hingga ke syurga dengan izin-Nya..

No comments:

Post a Comment