Saturday, January 14, 2012

Saat nyawa dipulangkan..bila?

Semalam,seorang kenalan saya telah meninggal dunia,kembali ke alam barzakh menemui Ilahi.Arwah meninggalkan seorang suami dan tiga orang anak.Kepulangan beliau kepada Sang Pencipta selang beberapa hari selepas pemergian arwah bapanya menghadap Ilahi.Sungguh,ziarah kali ini membuatkan saya berasa sesuatu yang luar biasa berbanding ziarah saya di kematian yang lain.Kali ini semacam sebak yang amat sangat.Melihat wajah tenang si anak yang luarannya jelas kuat .Bertambah sayu apabila melihat wajah ibu arwah yang juga jiran saya..Allah..sungguh berat ujian yang kauberikan kepada hamba-Mu ini..Belum cukup 100 hari arwah suaminya meninggal,semalam anak bongsunya pula pergi.

Apabila menerima berita tentang kematian arwah,saya seakan tidak percaya.Memang saya tahu,arwah sudah lama menghidap sejenis penyakit dan juga pernah terlantar lama kerana penyakitnya itu,tetapi saya rasa saya baru sahaja terserempak dengan arwah di depan rumah sewaktu hendak pergi kerja.Pada saya dia masih sihat lagi,apa pula sebabnya dia meninggal?Dia memandu ke rumah ibunya yang terletak selang satu rumah dengan rumah saya manakala saya baru sahaja hendak keluar dari rumah.

Saya istigfar panjang bila teringat akan apa yang saya fikirkan.Saya lupa qada' dan qadar Allah.Saya lupa ajal,maut semua ditangan-Nya.Jika Dia berkehendak,jadi maka jadilah.Jika sudah sampai masa,nafas akan terhenti juga tidak kira sihat atau sakit.

Selesai bacaan Yassin dan tahlil,pemimpin bacaan,seorang ustazah,juga jiran terdekat arwah,mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.Apa yang terkesan dalam sepatah dua katanya ialah ;''Maafkalah jika ada yang terkecil hati dengan arwah,maafkanlah juga apa kiranya (walaupun semua orang tahu arwah seorang yang baik,tapi kita manusia biasa tak terlepas daripada membuat salah,bukan Nabi yang maksum) sebab kita tak tahu masa kita bila pula...maafkanlah ye..''.

Saya sangat terkesan dengan untaian kata 'kita tak tahu masa kita bila pula'.Sangat terkesan.Memang saya ingat saat kematian,tapi saya rasa ingat sahaja tak memadai..harus ada persediaan menghadapinya,harus ada persediaan untuk mereka yang ditinggalkan nanti.Untuk mendapat husnul khatimah nanti,sudah tentu saya perlu menjadi seorang Islam yang benar-benar Islam,benar-benar mengikut landasan yang ditetapkan oleh-Nya.

Namun,jika sampai saat nyawa saya dipulangkan nanti,bagaimana mereka yang menghadapi pemergian saya?Bagaimana penerimaan mereka?Saya tak mahu,jika saat itu tiba nanti mereka yang saya tinggalkan terutama yang sangat dekat di hati saya,menangis dan bersedih..sebab..saya tak pergi manapun....saya jumpa Pencipta saya..kalian juga akan menyusul nanti..kita akan jumpa juga di sana nanti..tempat yang abadi...

     ''Apabila mati seseorang manusia,maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca : sedekah,ilmu    yang dimanfaatkan dan juga doa anak yang soleh''.


2 comments:

  1. Al-fatihah buat keluarga tersebut.. moga diberi kekuatan dalam mengharungi hari2 akn mndtg.. kematian itu sudah pasti..kita yg masih hidup berusaha mencari redha Allah dunia dan akhirat..Insya-Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah..mudah-mudahan mereka tabah..ye betl..yg tinggal ni harus teruskan kehidupan..

      Delete