Thursday, January 12, 2012

Satu

Satu
Tunggal
Sendiri
Tiada sandaran

Satu
Mungkin pegun
Dan mungkin tetap
Mungkin juga resah meracau

Satu
Hanya tersurat
Berselindung disebaliknya yang tersirat
Terpendam
Hingga timbul tanda tanya
Hingga lahir bunga-bunga andaian
Hingga membesar menjadi prasangka dan dendam

Satu
Tetap disitu
Menyentuh lembut angin menyapa
Menyapu deras air mata
Kerana Satu hanya ada Satu..

No comments:

Post a Comment